# 26 : pernah?

pernah tidak dikau merasa marah yang teramat,
tetapi tidak diluah,
hanya kerana tidak mahu si dia tahu?

pernah tidak dikau merasa terasa yang teramat,
tetapi ditolak tepi,
hanya kerana tidak mahu si dia terasa?

pernah tidak dikau mahu menangis meluah segala,
tetapi ditahan,
hanya kerana tidak mahu si dia sedih?

pernah tidak dikau merasa ingin melukakan diri,
tetapi tidak diteruskan,
hanya kerana tidak mahu si dia merasa risau?

pernah tidak dikau rasa ingin meninggalkan segalanya,
dan hanya menutup matamu,
tetapi hatimu menegah sekeras - kerasnya,
hanya kerana hati itu masih sayangkan si dia?

Comments

Popular posts from this blog

jatuh moto

mercun~