emosi.

otak bercelaru dengan hati,
maaf, perlu saya luah.
sila abaikan jika terlalu ekstrem bagi anda.

sekarang ni, tolong fikir baik - baik.
kau nak dia atau orang tu?
kalau kau nak dia,
putus dengan orang tu.
putus bagi aku,
berhenti bertwitter, berfacebook atau sms.
tak perlu nak bagi alasan pasal ex dia / mana - mana lelaki yang suka dia,
dia setia pada kau, tak sms / fb / twitter dgn mana - mana lelaki kecuali abang dan kawan- kawan
tapi ini yang kau balas?
atas alasan apa kau nak berhubung dengan orang tu?
atas alasan kau sahaja yang rapat dengan orang tu?

bagi aku, itu alasan BODOH.
ya, BODOH.
oh ya, mungkin aku bukan kau dan tak rasa apa yang kau rasa,
tapi pengalaman kita sama sahaja, bagi akulah
aku pun pernah ada ex,
pernah sms dengan ex konon atas alasan ingin jadi kawan,
tapi mujurlah ex aku tak layan aku,
kalau tidak, mesti aku macam kau dan orang tu.
tak reti beza batasan kawan atau kekasih.
lama - lama,
aku  jadi sedar yang aku ni bodoh mengharap pada ex aku.
aku buat keputusan untuk move on.
aku berhenti sms dan elakkan diri dari ex aku.
untuk move on,aku ambil masa 4 tahun lupakan ex aku dan hubungan 2 tahun kami.
nah, ini baru betul putus / move on.
sekarang ni, aku gembira dengan sayang aku =)
terima kasih pada layanan buruk ex aku.

ops, kembali pada topik asal,
pasal kau - dia - orang tu.
kau tau bila kau tipu dia,
hati die pecah dan berderai,
dia gam balik cebisan tu sebab dia masih dan amat sayang pada kau.
tapi retak tu tetap ada.
die sentiasa rasa tak selamat sebab dia tau kau masih berhubung dengan orang tu.
tapi dia abaikan kerana percaya pada kau.

kau tak kesiankah?
kau selalu cakap, kau sayang dia tapi ini ke maksud sayang kau?
dengan selalu menipu dan berjumpa dengan orang tu?
ya, kau pernah minta putus pada dia kerana alasan yang kau berikan itu
atau mungkin juga kerana bersalah kau pada dia,
dia usahakan juga jumpa kau kerana ingin pertahankan rasa sayang kalian.

aku tak faham apa sebenarnya yang kau mahu.
kau mahu orang tu?
kenapa kau putus? kenapa tak usaha sehabis baik?
dan kenapa sekarang baru kau mahu rasa bersalah?
bodohnya kau,
ya, bodoh itu khas untuk kau.
seperti sahaja kau ini pak turut orang itu.
hanya dengan sedikit kata rajuk,
laju sahaja kau memujuk.
dengan sedikit rengekan,
laju sahaja kau menolong.
tak pula kau fikir si dia.
sepertinya orang tu adalah pemilik hati kau.
sedangkan si dia yang harus menjadi pemilik sebenar,
hanya duduk di pinggir hati,
yang bila ditolak, senang sahaja jatuh.
sekarang, baik sahaja kau jujur dan cerita yang sebenar apa yang kau mahu.
usah seksa dia lagi.

dan ya, maaf kerana menyibuk dengan hal kalian,
tapi bagi seorang yang selalu melihat air matanya.
aku dah tak sanggup lagi.

Comments

Popular posts from this blog

jatuh moto

cabaran~